koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 5 April 2013
AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA
Aku menulis kerana minat
dan sedikit bakat yang diberikan
aku tidak menulis kerana nama
seperti kata Ramli Sarip
”Aku menulis bukan kerana nama.”
kerana sememangnya
aku sendiri sudah punya nama
nama yang diberi sejak aku lahir lagi.
Tulisanku sekadar untuk satu kepuasan
kepuasan diriku sendiri
kerana dengan menulis
aku mampu menterjemahkannya
dalam kata-kata
yang mungkin sudi dikongsi
oleh insan lain
yang punya minat sama
dan dengan menulis juga
aku bisa meluahkan
semua yang terpendam
atau yang ingin kulampiaskan
walaupun ada masanya
orang lain kurang senang
atau memandang serong
akan tulisan-tulisanku.
Aku hanya sekadar berpegang
pada perinsip seorang penulis
”Menulis biarlah jujur
walaupun mungkin ada yang tak senang.”
Dan aku juga tahu
bila seseorang mengangkat pena untuk menulis
sesungguhnya dia telah melakukan satu perjuangan.
Aku hanya seorang penulis
dan selagi mampu
aku akan terus menulis
kerana aku tahu
tulisanku adalah tulisan dari hati.
Qalam Bertinta
05042013
2019pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment