Tuesday, 9 April 2013

Aku senang berdiri seorang aku


Kuselongkar rahsia dalam beribu
sedetik waktu kulalui dalam suara itu
lembut nada, selembut sutera hina
membina batas durja penuh palsu
bertunas pucuk belum menghijau

Tak terdetak jantung nada berlagu
anyaman tak perlu kutahu indahnya
tak kumemburu lagi segala mimpi
tersedarku, hiasan itu hilang pergi
kerana mimpi kuberolah sendiri

Aku berlayar di lautan kasturi ciptaan
harum kerenah indah berbagi rasa
meluru pada hala bersimpang hasrat
tak akan hanyutku di dua benua menanti
jambatanku, diam sepi menulis puisi
sendiri, berteman puisi kulayari bagi
aku seorang berdiri seorang aku.

Moyyu
9.4.2013.

No comments:

Post a Comment