Friday, 5 April 2013

~ aku tetap aku ~


dalam tiada kemampuan
untuk mengukir kata-kata
agar kaumengerti
agar kaufahami
agar kaupergi
usah merayu
kerana aku
tak sudi

tolonglah
mengerti
sebelum aku
jadi benci padamu
acap kali aku katakan
bahawa aku mahu meneruskan
perjuangan aku memburu kejayaan

satu-satunya sebab aku
meminggirkan diri dari dunia cintamu
untuk kali terakhir, aku mohon kemaafan
demi menjaga satu ikatan persahabatan kita

moga kaumengerti
bulan bersinar dengan bantuan matahari

Jue Affendi

No comments:

Post a Comment