Sunday, 14 April 2013

~ anak-anakku ~


ilmu
duniamu
akhiratmu
telah ayah berikan
setakat ayah mampu
bergulung ijazah
berkat usaha kalian

doktor gigi
pilihan along
jurutera minyak dan gas
pilihan angah
guru berijazah
pilihan adik

ayah dan ibu
bangga dan gembira
melihat anak-anak berjaya
melihat cucu-cucu yang ada

menitis airmata
bila cucuku melaungkan azan
dulu along yang lakukan
angah menjadi imam
kami jemaah yang ada

anak-anakku, cucu-cucuku
jangan pisahkan
ilmu dunia
ilmu akhirat
gabungkan dalam hatimu
buat panduan hidupmu
jadikan azimat di akhirat kelak

jika atok pergi hari ini...atok pergi dengan senyuman.

Abdul Malek Ismail.

No comments:

Post a Comment