koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 11 April 2013
Bisikan alunan semalam
Mendaki segunung harapan
menongkah harap bertunas
menjunjung seribu matlamat
mencari di lereng-lereng suram
setitis embun memberi sinaran
mentari membias indah kilauan
Melangkah dalam warna pelangi
kabus menyejuk pelusuk hati
menggapai dalam lamunan diri
kesamaran berlari mencerah janji
tenang merenung kepastian mimpi
Pudar pada kesangsian semalam
hanyut dibawa arus kebenaran
lontaran indah meraut keikhlasan
bisikan alunan semalam
hilang tiada berbekas curiga
tenggelam hilang prasangka.
Moyyu.
11.4.2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment