koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 3 April 2013
Gadis di negeri di bawah bayu.
Telah kudaki hampir kesemua banjaran dan gunung
telah kukecapi hampir kesemua permandangan yang agung
saujana mata memandang, tidak tergambarkan tidak terhitung
namun panoramanya tidak sama dengan apa yang pernah aku kecapi
yang pernah aku rasai,
hatiku tidak puas
hatiku masih berkata haus
dahaga
akan keindahan seperti di puncak Kinabalu
yang pernah aku kecapi keindahannya.
Kerinduan di hati masih lagi berbunyi
masih lagi mencari
bayangan
si gadis
di negeri di bawah bayu.
Aku rindu.
ss/spl/pm ... 03/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment