koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 9 April 2013
~♥ Kompleks ♥~
Mengeksplotasi dari dasar ke hujung tebing
menghalusi setiap frasa yang terlantar
mengeksport ke ayat-ayat menjadikan indah
sebuah nagam yang tercipta
menjadikan warkah cinta
buat pembaca semua
Dari setiap ekspresi
di penghujung yang tiada berbatas
tanpa meninjau abjab tertera
meluruskan barisan ke hadapan
dengan mengibar bendera cinta
dan setiap akral dipanji di gunung Himalaya
menjadikan penjuangan percintaan
mempertahankan ekstrinsik mahkota cinta
Dari jaluran panca warna teja
membasahi setiap barisan bernokhta
mewarnakan watak-watak cinta
mengilusi sang pembaca
menghayati setiap frasa
sehingga mengalir air mata
yang tersemat selamanya
agar sembuh dari luka lama
supaya akan tersenyum semula
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku ~ Kota Singa - 06/04/2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment