koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 7 April 2013
Ladang Hati: Cinta Satu Malaysia.
Kacang panjang cecah budu aku dah cuba
laksa utara pun aku dah cuba
rojak peneng juga aku dah cuba
mi bandung muar pun sama, aku dah cuba
asam pedas melaka juga aku dah rasa, dah cuba
pendek kata semuanya aku dah cuba
tapi semuanya tidak boleh lawan sukun masak lemak Sabah
nak tahu kenapa?
Sebabnya
sukun masak lemaklah
yang mula-mula membuka seleraku
kata orang; nak menawan cinta lelaki
kena tawan selera mereka dahulu
pergh! Akan kukenang sehingga ke akhir hayatku
... terbaik dari ladang hati.
Oh ya! Masak lemak cili api juga aku dah cuba
cuma gulai tempoyak sahaja aku masih belum merasa.
Terengganu, Perlis dan Pahang
ada apa pula ya?
Aku pasti mahu mencuba
hak Sarawak aku tak berani nak cuba
bertelur pula, nanti di dahi.
Ahaksssssss.
ss/spl/pm ... 07/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment