Wednesday, 3 April 2013

Legenda Santubong, Sejinjang.



Indah sungguh cantik suasana
Gunung Santubong itulah nama
ada kisah pernah dicerita
legenda kayangan dewi dan dewa.

Turun ke bumi amarah ayahanda
akan puteri asik bersengketa
menunjuk kuat menunjuk kuasa
Sejinjang dan Santubong itulah legenda.

Di atas gunung tempat perhitungannya
bertumpah darah puteri berdua
dikatakan Sejinjang terputus lehernya
jatuh ke laut menjadi pulau kera.

Santubong juga kehilangan nyawa
di atas gunung bersemadi jasadnya
begitulah gunung mendapat nama
menjadi mitos ceritera legenda.

Itu sahaja yang dapat kucerita
legenda gunung hikayat pujangga
sebagai gambaran indahnya cerita
membawa pelancong melawatinya.

ss/spl/pm ... 03/04/2013.


No comments:

Post a Comment