koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 13 April 2013
Pencarian.
Terdiam aku di garisan yang tiada bertepian
tiada permulaan hanya menuju ke garisan pengakhiran
terkapai-kapai hampir kelemasan
tatkala lembayung sepi mula tampak kelihatan
berona ungu warnanya berserakan - warnanya berkeliaran
sedangkan aku yang masih tercari arah, mengharap kesaktian
dari pengamatan,
... di siang bolong berdiangnya aku dalam kehangatan
peluh yang terpercik bercurahan
mengisyaratkan;
sesungguhnya aku sedang kesepian
... aku kesunyian.
Dalam pencarian seorang insan bergelar kesayangan.
ss/spl/pm ... 13/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment