koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 12 April 2013
puisi pengubat rindu dendam.
kupendamkan sebuah kerinduan
pada puisi, pada rakan
disebabkan kesibukan
amanah yang digalas
sepertinya tak tertanggung.
rasa rindu itu tak tertahan
walau terpendam di lubuk jiwa
terkadang ia timbul mengusik rasa
mengusik naluri seorang aku.
bukan mudah nak menafikan
sedang di bibir mengatakan tidak
namun di hati memberontak
melafazkan sejuta kemahuan
puisi pengubat rindu dendam.
namun sekali ini aku cuba
melepaskan rindu pada puisi
pada rakan yang juga dirindui
kadang tersedar nama disebut
cukup sekadar tanda ingatan.
~amran azahari~
Lok Kawi, Kota Kinabalu
11 Apr 2013 jam 18:20.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment