koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 9 April 2013
Rembulan membuka ruang luka
Merona jiwa yang menghambat rasa
melangkah di tanah gersang mencari
secangkir air kasih membasah dahaga
di kaki langit senja merah mewarna
indah seketika cuma lantas berubah
kelam menyelimuti seluruh jiwa
Malam tiada membatas langkahan
kesamaran mencongak destinasi
terbungkah hati meredah bahang
berlari tiada kelestarian merasa
hilang suara, merekah dasar
Nyanyian pungguk di sindiran hati
berlagu tentang rindu dan lara
rembulan membuka ruang luka
langkahan semakin payah terpaksa
kolam kasih retak kering di dasar
fakir melambai ikhlas bergoyah.
Moyyu.
9.4.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment