koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 1 April 2013
Sajak: Peminpin.
Pemimpin
kaudisanjungi
tinggi,
kaudipandang
tinggi,
kaudihormati
juga dengan kehormatan
tinggi.
Pemimpin yang baik
akan menjadi idola hati
arahan diberi
akan cuba direalisasi.
Pemimpin yang dayus
pengecut
tidak akan digeruni
hanya dipandang sepi.
Pemimpin perasan
menganggap dirinya bagus
akan menjadi bahan lawak
ditertawai
badut
gelaran yang diberi.
Pemimpin yang rakus
tamak, haloba
pemimpin sebegini tidak diingini
hanya pentingkan diri sendiri
mengamalkan kroni
tembolok keluarga yang dibajai.
Pemimpin
ingatlah!
Harapan rakyat mandat diberi
pilihanraya pangkah diberi
janganlah nanti
kautidak membalasnya kembali.
Kepada rakyat
jangan ditanya apa yang negara beri
tapi tanyalah diri
apa yang telah kita beri
itulah laungan
yang sering dihasuti.
Tetapi pemimpin juga harus mengerti!
Jangan ditanya apa yang rakyat beri
tapi tanyalah diri kamu sendiri
apakah yang telah kamu beri
kepada rakyat
yang telah memberikan undi.
Ingatlah wahai pemimpin
mandat telah pun kami beri
harapan kami jangan kaupandang sepi
fikirlah sedalam-dalamnya lagi
sekali mandat diberi
tidak bermakna akan selamanya mandat diberi
seandainya, harapan rakyat kautolak tepi.
Fahamilah wahai pemimpin, kita semua berkongsi pertiwi.
ss/spl/pm ... 01/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment