koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 12 April 2013
Tajuk: Angin.
Kepalaku tertinggal di hujung sana...
bergolek-golek
hingga ia berhenti
terpaku di sana
melekat di sana
tercicir di sana
dalam angin
yang menghentak
dalam gelora yang menghempas
dalam petang yang terik
dan hati ini pun mula terbakar
mencari pemadam di tepian tebing
mencari arus
mencari angin
kepala yang tertinggal
mula dikutip
termenung melihat senja.....
cakar jiwa : PENALUKA KERSANI
Batu Tiga Temerloh..
12 april 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment