koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 11 April 2013
Tajuk: Hujan Senja.
Senja ini hujan turun dari kaki langit
jatuh menitik
atas teratak usang
berderai basah
di hujung laman......
Senja ini hujan turun dari kaki langit
menyapu derita
dari wajah-wajah sensara
wajah-wajah tua
yang hampir dilupakan
di ceruk dapur
keseorangan....
Senja ini hujan turun dari kaki langit
menyejukkan dada yang terbakar
lidah-lidah yang terjelir
akal hilang
dalam paksinya...
Senja ini hujan turun dari kaki langit
ramai yang gelisah
yang pasti azan tetap bergema
hingga ke hujung nyawa.....
penaluka kersani
batu tiga temerloh pahang
10hb april 7.10 pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment