koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 6 March 2012
ADIKKU
Adik...kau kuat
sungguh...kau memang kuat adikku.
Kau kuat...dalam menghadapi dugaan dari-Nya
kau tabah...dalam menghadapi ujian dari Illahi.
Ujian yang menimpamu itu
bukan sembarangan orang mampu menghadapinya
hanya orang yang benar-benar ikhlas mampu melaluinya.
Dik...Allah tidak menurunkan ujian-Nya
kepada setiap insan yang dirasakan-Nya tidak mampu melaluinya
dan tidak mampu untuk menghadapi segala dugaan-Nya.
Tapi engkau dik...engkau yang terpilih
dalam berjuta-juta insan manusia di dalam muka bumi ini
engkaulah salah seorang yang Allah pilih untuk melaluinya
engkaulah yang Allah pilih untuk diuji akan ketakwaanmu terhadap-Nya.
Memang dik...abang tahu!
Abang tahu...berat mata abang memandangnya
berat lagi bahumu memikul segala dugaan-Nya.
Abang juga tahu...senang sungguh untuk abang berkata-kata
kerana abang tidak merasai penderitaan yang engkau hadapi
abang tidak merasai kesakitan yang engkau tanggungi
dan abang tidak melalui kesengsaraan yang engkau rasai.
Dik...!
Walaupun...abang tidak merasainya
walaupun...abang tidak melaluinya
serta menghadapi kesakitan yang engkau hadapi
tetapi abang bangga padamu dik
abang bangga melihat dirimu.
Kerana engkau...adikku
seorang yang kuat
dan tabah
dalam menghadapi dugaan dari Illahi.
Abang berbangga...amat berbangga
kerana diberi kesempatan oleh Illahi
untuk mengenali dirimu...wahai adikku.
ss-z/spl/pr..06-mac-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment