koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 9 March 2012
kucari duyung gelandangan
ketika lautan dibadai gelora
di situ aku berkolek ke muara
berdayungan mengikut arus haloba
mungkinkah terjumpa si duyung dipuja.
ketika lautan dibadai ombak menggila
di situ aku berkolek menuju ke hilir pula
berdayungan melawan arus nestapa
mungkinkah bersua si duyung pujangga.
ketika lautan ditimpa bencana anginnya hilang punca
di situ aku berkolek dibawa arus samudera
berdayungan tanpa dayung tercinta
mungkinkah si duyung menanti ketibaan aku, bergelandangan sama.
Pelaut Malang Berdayung Seorang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment