koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 9 March 2012
siapalah aku
siapalah aku
hendak mengharapkan tuan
sedangkan aku
hanyalah musafir jalanan
siapalah aku
hendak mengharapkan intan
sedangkan aku
hanya termampu memiliki kaca bergermelapan
siapalah aku
hendak mengharapkan bintang
sedangkan aku
hanya mampu merindukan bulan ketika kesiangan
siapalah aku
hendak mengharapkan tuan sebagai pasangan
sedangkan aku
ya aku...
hidungku tak mancung
pipiku pula yang tersorong-sorongan
siapalah aku?
aku sedar siapa diri aku sendiri
Pelaut Malang Yang Sedar Diri
ss-z/spl/pm...17-mac-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment