koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 9 March 2012
SENYUM SELALU
Senyum adikku
usah dilayan sepi itu
dalam riuh ada sunyinya
dalam duka ada sukanya.
Senyum adikku
usah dilayan lara hatimu
dalam derita ada bahagianya
dalam sendu pasti berona cinta.
Senyum adikku
usah dilayan gelisah merindu
dalam rindu ada manisnya
dalam gelodak ada tenangnya.
Senyum adikku
senyumlah seikhlasnya
buat penawar segala sengsara
buat penawar di kala duka
pasti bayu akan membawa berita bahagia...
Senyumlah dik!.
ss-z/spl/pr..06-mac-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment