koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 9 March 2012
pelaut malang di hujung lautan
Seorang tua
bertasbih di tangan
kusam berpakaian
berjanggut...uban keputehan
bergelendangan
bertongkat dayung berjalan.
tapi...pucuk muda yang diidamkan.
haaah!!
tak sedar dirikah si gerangan
rumah dah kata jalan
pergilah...ingatlah sikit kuburan
tak lama aja berkehidupan
dan yang pastinya...hidupmu bakal berkesudahan
itulah aku!
meniti fajar di hujung lautan.
Pelaut Malang Di Hujung Lautan
ss-z/spl/pm...17-mac-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment