koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 9 March 2012
lautku adalah hatiku
lautku luas, seluas hatiku
yang sentiasa menyapa pantai
bersama ombak
yang terkadang mengganas
melanda pantai lautku
ombakku seumpama rindu
yang sentiasa membantai pantai
bersama bayuku
yang berpuput lembut
meniup resah pantai lautku
bayuku segar, sesegar cintaku
yang berpuput lembut ke muka pantai
bersama ombak rindu
yang menderu
menyapa kedamaian lautku
lautku adalah hatiku
Pelaut Malang Bersama Lautnya
ss-z/spl/pm...17-mac-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment