koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 9 March 2012
aku bukan sesiapa
aku...
aku bukannya sesiapa
tanpa nama
rupa
wajah
yang tampan
untuk dibanggakan
yang sempurna luaran dan dalaman
aku...
aku rela begini
bermula kembali
bertatih
berlari
dan mendaki
memulakannya kembali
dari petak yang terbawah sekali
aku...
aku rela menyepi
berkelana
berhijarah
merantau
memencil diri
mencari identiti
buat mengenali...diriku sendiri
kerana aku...
aku bukannya sesiapa
yang perlu menonjolkan diriku sendiri
dan tak perlu aku dikenali
kerna bagiku
populariti
dan dikenali
tidak menjanjikan
kebahagiaan yang sejati dan hakiki
apatah lagi populariti
hanya merimaskan diri
dan tiada kebebasan untuk aku bersendiri...menyendiri
Pelaut Malang Yang Bersendiri
ss-z/spl/pm...17-mac-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment