koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 2 April 2012
GUBAHAN SYAHDU PUISI CINTA
Kunukilkan sebuah puisi cinta
buat tatapanmu yang kupuja
agar menjadi penemanmu yang setia
di kala langit senja
melabuhkan tirai sayapnya.
Kulakarkan penuh emosi di dada
luahan dari hati yang berona pelangi cinta
tatkala pelangi menyapa damai terasa
berbunga cinta
subur mekar mewangi semula.
Kugubahkan gubahan rasa
sebagai hantaran maha karya cinta kita
bersatu kita hidup bersama
bersaksi cinta
di jiwa rindu membelah lara.
Kini...kupintal buih-buih cinta
agar menjadi kalungan berazimat...wasi kita
moga cinta kita kekal mekar selama-lamanya berjiwa
dengan kehadiran cahaya mata...lambang dari cinta kita berdua.
ssz/spl/pm...02/4/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment