Friday, 5 April 2013

Cinta Di Negeri Di Bawah Bayu.



Dua tahun telah berlalu
dua tahun telah mematangkan cintaku
dan dua tahun juga telah mengajarku
tentang ertinya sebuah pengorbanan

pengorbanan cinta,
... cintamu terhadap diriku
bahawa cinta kita 
tidak semestinya dapat bersatu.

Cinta itu akan menjadi lebih indah
jika kita mampu berkorban 
untuk orang yang kita kasihi,
kita cintai

dan aku juga bersyukur
kerana aku masih lagi diberi peluang 
oleh Allah SWT
untuk menyimpan perasaan cintaku untukmu.

Cintaku di negeri di bawah bayu. 

ss/spl/pm ... 05/04/2013.


No comments:

Post a Comment