koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 5 April 2013
*~ Musim mesra manja ~*
Sudah meletus kawah penantian panglima di seluruh medan
setelah jerit pekik berhamburan di merata gelanggang
ada pesilat yang lari membawa halauan dalam rajuk tak keruan
ramai yang setia menyimpan harap mengisi ruang dan peluang
suara dan wajah-wajah panglima mulai mendayu seru
manis bermanisan senyuman ke setiap penjuru
lantaran musim bermesra manja sudah tiba
seluruh pelusuk nusa akan dihiasi bunga-bunga sutera anekawarna
Musim mesra manja pasti rancak dan meriah
bunga-bungaan serta buah-buahan melimpah ruah
Aku, abang Dolah, kak Minah, pak long dan mak ngah di desa
tersandar di pokok getah tua sekangkang kera
membilang dedaun kuning yang luruh di atas riba.
~msa:040413 sk443~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment