Sunday, 14 April 2013

CINTA HAKIKI



Bila cinta mengenal hakiki
hati tidak berbelah-bagi
dalam sujud menghamba diri
syukur yang tidak terperi
atas setiap kurniaan Ilahi
akan rahmat yang diberi
dan dengan tawaduk dan rendah diri
diserahkan segala pada yang Mengasihani
moga di sana nanti
tempatku bersama dengan hamba-hambaMU
yang Kau kasihi

Ya Allah Ya Rabbi
terimalah doaku ini
kerana tanpa ihsanMU
hidup dan matiku
tidak akan punya arti.

Qalam Bertinta
14042013
1121am

No comments:

Post a Comment