Sunday, 14 April 2013

WARISAN



Panji-panji bangsa ini
akan kukibarkan megah di angkasa
menjulang semangat warisan
yang sekian lama terpasung kemas
menancap rapi tanpa sangsi
akan sebuah kesetiaan
yang kugenggam bersama semangat warisan.

Aku anak warisan
warisan yang kuhamparkan
dalam bidang yang kurentang
tanda sempadan pada petualang
yang cuba menjajah biar seinci
akan kesucian tanah warisan ini.

Andai aku rebah dan gagal bangkit kembali
aku rela dan tak akan pernah kukesalkan
kerana demi warisan ini
biar berselimut dengan hanyir darah
biar jasad kaku membeku
warisan ini akan kupertahankan
hingga ke denyutan nadiku yang terakhir
kerana warisan ini
warisan pusaka bangsaku.

Qalam Bertinta
14042013
1329pm
WARISAN

Panji-panji bangsa ini
akan kukibarkan megah di angkasa
menjulang semangat warisan
yang sekian lama terpasung kemas
menancap rapi tanpa sangsi
akan sebuah kesetiaan
yang kugenggam bersama semangat warisan.

Aku anak warisan
warisan yang kuhamparkan
dalam bidang yang kurentang
tanda sempadan pada petualang
yang cuba menjajah biar seinci
akan kesucian tanah warisan ini.

Andai aku rebah dan gagal bangkit kembali
aku rela dan tak akan pernah kukesalkan
kerana demi warisan ini
biar berselimut dengan hanyir darah
biar jasad kaku membeku
warisan ini akan kupertahankan
hingga ke denyutan nadiku yang terakhir
kerana warisan ini
warisan pusaka bangsaku.

Qalam Bertinta
14042013
1329pm

No comments:

Post a Comment