koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 3 April 2013
Gadis Sakura.
Termenung sendiri di atas pohon
dikelilingi pula bunga merimbun
bermuram durja si dara anggun
mengenang bunga gugur berembun.
Sedih dan hiba jelas di muka
kerana kisahnya hampir serupa
seperti sakura hidup ternoda
dirinya juga dinoda derita.
Wahai gadis di atas dahan
jangan diikut hati yang rawan
gugur sakura jatuh di laman
menjadi baja penguat impian.
Hati berdagang jangan diikutkan.
ss/spl/pm ... 03/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment