koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 3 April 2013
Telah kuukur
Bangkit gerah bukan bernafas merah
hilaianku, bukan sang pari-pari
terbangku, rendah mendatar bumi
aku bukan helang bertiup seruling
ada tika rantingku, patah kereputan
aku cuma aku, seadanya rindu
Merawang terbangku, mencari
dengan barakah terindahNya
mendabik dada bukan adatku
menundukku di ladang hati
berilmu pencarian kuimpi
mengaut pasti...
Maaf...!
domba bukan hasrat
tiada lipatan hasad berkudrat
aku cuma menitip percikan
sebuah kebun keharuman
setapak, selangkah jaraknya
membina damai, telah kuukur
kemanisannya...
Moyyu.
3.4.2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment