Saturday, 13 April 2013

Indah...


Seraut wajah
membayangi warna hati
bersinar wajah terpuji
terpancar seindah mentari
rembulan mempamir diri

Indah menjelma keindahan
melembut pada mata diri
menyejuk pada pandangan
seraut wajah dalam purdah
memberi sinaran terindah
menawan perasaan

Sejuk hati ibu
tersenyum dari jauh
kerana cahaya wajah itu
berwarna lembut selembut
merekah bibir bersuara
sering menyaji keanggunan
tanpa kausedari wajah itu
indah...

Moyyu.
12.4.2013.

No comments:

Post a Comment