koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 13 April 2013
Namamu Di Bibirku.
Di bibirku, namamu sentiasa meniti
dalam jaga - dalam lena, membawa mimpi
dalam igauan, terlakar indah di embunan pagi
... abadi.
Setanggi cinta suci
harum kemenyannya mewangi
tersisip rapi di hati
... berseri-seri.
Katakan sayang
adakah namaku turut meniti di bibirmu
... saat ini.
ss/spl/pm ... 13/04/2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment