koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 3 March 2012
KALAU
Kalau semalam berkonon-konon
Kononnya sedih
hari ini nak berkalau-kalau pula
kalau kalian suka...bacalah
kalau tidak...tak siapa boleh marah
kalau nak percaya...percayalah
kalau tidak...terserah
Aku ini orang bernama
aku jutawan banyak perkara
jutawan dosa
jutawan fakir ilmu
jutawan sepi...mewah rindu
jutawan mimpi di siang hari
jutawan angan-angan
dan...banyak lagi
kalau kuceritakan semuanya nanti terbongkarlah rahsia peribadi
kalau aku berhenti setakat ini tak bererti aku bakhil berkongsi
Satu perkara benar yang tidak berkalau-kalau
aku miskin cinta kepada Maha Pecipta
amalanku papa untuk menempah tiket ke syurga
Kalau kalian curiga aku siapa
biarah aku berhenti bercitrawara dan berhenti seketika
sementara aku mengenal pasti siapa aku sebenarnya
di sini.
~mohd supian ali: 03022012 sk443~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment