koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 3 March 2012
orang duk gelak
aku lihat orang duk gelak
kuamati arah mata mereka
tertancap kepada suatu tingkah
yang kelihatan normal
yang diperlihatkan sempurna
tiada cacat cela
molek lenggang lengguk
pakaian cakna bergaya.
kuamati
setelah lama memerhati
rupanya ada kelemahan diri
dia rupanya suka pakai kasut terbalik
kata orang suka yang songsang
dek nak 'cover' salah sendiri
orang tepi jalan dimarahi
orang lain pun dikata tak reti
hi! hi! hi! aku gelak dalam hati.
CNM, 29/2/12, 21.45pm
BBB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment