koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 3 March 2012
SEPOTONG PUISI SANTAPAN HATI
sudah acapkali pena menari
masih lagi canggung mengikut melodi
irama seakan pudar tak berseri
sekadar mengikut kata hati
beranjakkan dari satu diksi ke satu diksi
sekadar sebaris tanpa makna dan isi
menganalisa setiap bentuk ritma
bersatu dalam perjalanan maksud tak bernada
bersatu dalam metafora yang senyap tanpa suara
melayarkan tinta yang kosong tanpa warna
menzahirkan bicara yang pincang dan sumbang
lagi, bersenandung irama
yang kian hilang di relung rasa
mensyaratkan perenggan membezakan rangkap mencipta sempurna
masih tercari bait-bait indah memperindah tinta
fatamorgana yang sering bermain di lubuk jiwa
seakan mendesak menjauh mengembara
mencari muafakat bersatu dalam ilham rasa
akhirnya mengalah dalam tarian pena lewat senja
menanti esok akan bisa mencari irama berbisa
agar bersatu lagi dalam sepotong puisi
untuk di saji menjadi santapan hati
kerana acapkali pena berhenti menari, sunyi mencari.
~ Sekadar Catatan TintaMataPena ~
~ AlangEynna ~
Dec 14, 2011; 12:45pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment