koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 3 March 2012
telah
telah kulontar ke penjuru alam
kisah-kisah semalam
biar terpampang
menjadi sejarah
bezanya engkau dan aku.
telah kubuang ke lautan
duri-duri kata
biar mengenap
menjadi batu enapan
tanda keangkuhanmu.
telah kusemai di ladang hati
semangat baru
biar bercambah
menjadi pohon yang menyaksi
kepalsuan yang kau pertahankan.
CNM, 1/3/12, 18.35pm
BBB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment