koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 3 March 2012
WAJAH DI SEBALIK WAJAH
Wah!...Hebat
Tak kusangka
dan kuduga
ular lidi dah jadi naga
cempedak pula
berbuahkan buah nangka.
Rupa-rupanya!
Di sebalik...keanggunan paras rupa
yang cantik dan menarik
lagi tertarik
rupa-rupanya kau seorang pemuka
yang suka bermuka-muka; durjana.
Di hadapanku...pijak semut bukannya lembu
tidak mati...walaupun kau pakai sepatu
tingginya sepatumu...rasanya
mahu sejengkal
jari kakinya aku; kaki aku.
Di belakangku...jangankan semut dan lembu
kumanpun takut denganmu
walaupun kau hanya
berkaki ayam
bersandalkan cagu; kakimu
bukannya kakiku.
Yang mampu aku katakan
dan aku ucapkan padamu
hanyalah satu!
Mantap!...Teruskanlah adengan dramamu
aku mahu lihat sampai mana kejelekan wajahmu.
Wajah di sebalik wajah.
ss-z/spl/pr..03-mac-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment