Laju air mata Sanisah berlinangan setelah mendengar apa yang ingin di sampaikan oleh Zaki kepadanya...Sanisah tidak menyangka Zaki sanggup buat dia sebegitu...apa salah dia...di mana silapnya...pelbagai soalan bermain di benak Sanisah ketika itu...wajah Zaki yang sedang menunduk dipandangnya tanpa berkelip kelopak mata...Sanisah tidak menyangka Zaki akan meminta sesuatu yang pasti dia atau wanita-wanita yang bersuami sepertinya tidak akan membenarkan sama sekali...
"Kenapa bang?...apa salah ayang pada abang?...apa lagi yang kurang dari ayang sehingga abang sanggup meminta sesuatu yang tidak akan sesiapa yang bersuami akan memberikan...apa salah ayang lagi bang?...tak cukupkah apa yang ayang telah lakukan untuk abang dua bulan ini...ayang berubah untuk abang dan keluarga kita bang?..." soal Sanisah bertubi-tubi menusuk ke telinga Zaki...
"Abang minta maaf ayang...abang minta maaf...abang terlalu menyintai Kiah...ayang...abang meminta ini pun setelah abang fikirkan masak-masak sebelum abang menyatakan hasrat abang ini..." terang zaki...yang memandang sekeliling kedai dan dapat melihat ramai mata sedang memandang mereka ketika itu...malunya bukan kepalang...
"Ayang...percayalah...percayalah pada abang...abang tidak akan sama sekali menganiaya sayang...abang akan berlaku adil pada sayang dan Kiah serta anak-anak semua..." terang Zaki semula...
Sanisah tidak berkata apa-apa dan tidak memandang Zaki lagi...pantas Sanisah menyambar beg tangannya dan beredar dari situ...semua yang berada di dalam warung tersebut terkejut dengan tindakan Sanisah yang menyimbah Zaki dengan air nescafe yang baru diminum seteguk dua itu...Zaki pula terlopong kerana tidak menyangka Sanisah akan bertindak begitu...kalau tidak dia akan lebih bersedia untuk menangkis air yang di siram Sanisah...
Zaki yang kebasahan itu pun pantas mengejar Sanisah yang sudah hampir sampai ke rumah mereka yang selang berapa rumah sahaja dengan rumah mereka...
"Ayang dengarlah cakap abang ini" pinta Zaki sambil menarik tangan Sanisah...'PANG'!...tangan Sanisah hinggap di muka Zaki...pelempang sulung dari seorang isteri membuat Zaki tergamam di situ..pelempang yang hinggap di mukanya rasa amat berbisa sekali...sekali lagi Zaki bernasib malang pagi itu...sudahlah kebasahan dengan 'nescafe o' panas...di tambahkan lagi dengan penampar yang di terima dari Sanisah membuat Zaki terkedu...
"Abang ingat ayang akan benarkan ke abang berkahwin dengan perempuan itu??...abang ingat ayang begitu bodoh ke?...tidak abang...tidak sama sekali...ayang rela mati dari membenarkan abang berkahwin dengan perempuan itu...!!!" teriak Sanisah seperti sedang di rasuk histeria itu...
Zaki tidak mampu berkata apa-apa lagi...penangan dari Sanisah dan siraman 'bunga mangar' masih melekit di badan dan mukanya...Ya...Zaki meminta Sanisah untuk mengizinkan dia berkahwin dengan Kiah...tapi lain yang diharap olehnya...lain pula yang diterimanya...Sanisah yang dikenali dengan lemah lembutnya...bertukar seperti ibu singa yang sedang menyusukan anak...Zaki tidak berani untuk bersuara lagi dan hanya mampu melihat sahaja pergi meninggalkannya dan masuk ke rumah...
Sanisah yang telah masuk ke rumah terus mengunci pintu dari dalam...Zaki yang cuba untuk membukanya tidak dapat berbuat apa-apa kerana kunci rumahnya ada di dalam beg kerjanya yang ditinggalkan di dalam bilik studynya...Zaki merayu-rayu agar Sanisah membuka pintu...
Jiran-jiran yang terkejut dengan suara Zaki yang menjerit-jerit memanggil Sanisah menerpa keluar untuk melihat apa yang berlaku...ada juga yang berani menegur untuk tahu apa yang berlaku...Zaki yang terasa malu hanya mampu menundukkan mukanya sambil menggeleng-geleng kepala dan menjungkitkan bahunya menandakan tiada apa yang berlaku di dalam rumahnya...
Zaki mengambil keputusan beredar dari kawasan rumah sebelum semua jiran mengetahui apa yang berlaku...lantas Zaki teringat kepada Kiah...Raya baru sahaja beberapa hari berlalu...dan Zaki telah dapat hadiah yang sepatutnya dari Sanisah...isteri yang taat kepada suami yang telah cuba untuk berubah...Zaki mendail nombor telipon Kiah...
"Salam sayang..."sapaan Zaki bila Kiah mengangkat teliponnya...
"Salam kembali abang sayang...rindu sayang ke? "tanya Kiah kepada Zaki...
"Ya sayang...abang rindu pada sayang..."kata Zaki kepada Kiah...
"Kenapa ni abang?...macam ada sesuatu je yang berlaku...suara abang macam ada masaalah je...cuba cerita...?"tanya Kiah lagi...
"Sa...ya...ng....ki...ta kah...win!" balas Zaki kepada Kiah terketar-ketar seperti orang yang gagap...
"AAAAAA....apa dia bang...abang ajak sayang kahwin...abang nak letak mana kakak tu...abang tak fikirkan anak-anak dan akak ke!?? soal Kiah bertalu-talu...
"Dah sayang...abang dah fikir panjang lebar tentang perkara ini...dan baru sebentar tadi abang beritahu hajat abang ini pada akak.." Zaki berkata-kata agak berani...
"Abang ni dah gila ke!!...abang sanggup beritahu perkara ini pada akak...abang ni bukan 'MANUSIA' lagi ke...tidak berhati perut pada akak yang banyak berkorban untuk abang...abang memang kejam...!!!!" jerit Kiah di lubang telinga Zaki...lantas mematikan talian telipon...
Zaki yang tercengang...terlopong...tidak menyangka akan jatuh ditimpa tangga...malang sungguh nasib Zaki pagi itu...tak disangka-sangka embun jantan pun keluar dari kelopak mata Zaki...
Bersambung kisah seterusnya di bab akan datang...
Bab 11:
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment