Dengan dunia masa ini
semakin maju negara
semakin majulah pula rakyatnya
semakin kaya negara
semakin kaya juga rakyatnya.
Tapi!...Dalam kaya rakyatnya
semakin miskin akhlaknya pula
semakin tinggi didikan di beri
semakin terkurang ajarlah, pulanya.
Kurang ajar!
Ya...kurang ajar
sesungguhnya yang amat kurang ajar.
Semakin tinggi pelajarannya
semakin bertingkat-tingkat pula sombongnya
dan semakin berani pula menghina-hina.
Semakin berani?!...Memang berani!
Orang yang lebih tua darinya
yang selayak-layaknya di panggil bapak
yang sebaya pula umur bapaknya!
...
...
diherdik; dimaki
dihina; dicerca
dikotak katikkan
diseranah bodoh
yang mengguris hati dan perasaannya.
Ingatlah!
Pepatah pernah berkata; katanya!
'Yang tua di hormati, yang muda di sayang, di sanjungi'
Dunia ini bulat
sahabat
tidak berlipat!
Dunia ini umpama sebiji tayar; pergerakannya
berpusing-pusing akan paksinya
sekejap di atas, sekejap pula di bawah
tempatnya...
jadi janganlah kita terlupa; teralpa, mendabik dada
kerana pepatah juga ada berkata-kata...
'Tiada yang tua, tiadalah yang muda'
Hari ini kita muda, sihat; perkasa
hari esok kita pasti sudah tua seharinya
entah sihat entah sakit mendatangi kita
entah hidup entah mati kita di dunia.
Janganlah pula bila kita meninggalkan dunia
dengan membawa dosa
yang tidak terduga...
dosa menghina sesama manusia
dosa menghiris hati dan perasaan
si orang tua...yang dikatakan bodoh
hanya kerana mahu
mempertahankan
soal akidah
dari dipermainkan
oleh agama lainnya.
Kelak nanti lewat pula kita
dapat menghidu bauan, wangian syurga
di negeri akhirat sana.
Ingatlah lima perkara sebelum datangnya pula yang lima.
ss-z/spl/pr..28-feb-2012.
No comments:
Post a Comment