koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 27 February 2012
KOLAM RINDU BERKASIH
Berdiri aku di sini
di kolam rindu; kasih
yang sunyi; sepi
hanya mampu menyeru
dan berseru...memuja
bayangan dirimu
tanpa pegangan; berpaksi
hanya kelam sebagai saksi
kocakan kasih ini
yang suci dan sejati
di dalam tasik cinta murni
merindu bayangan,
bayangan cinta semalam
kerana aku; kekasih...!
Aku masih menyayangimu
aku masih menyintai dirimu
masih memujamu,
kekasihku.
ss-z/spl/pr..27-feb-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment