Wednesday, 15 February 2012

Kisah cinta reality berFB~CINTA ZAKIAH~Bab4:

Semakin hari perhubungan Zaki dan Kiah semakin mesra. Walau tidak pernah bertentang mata dan hanya berjumpa di dalam FB, itu tidak menghalang mereka berhubungan di antara satu sama lain. Persahabatan yang terjalin hanya sebagai teman dan kawan itu menimbulkan keserasian di antara mereka.

Zaki seorang fanatik dalam berkarya. Teras kekuatan Zaki dalam berkarya adalah tentang cinta. Cinta yang dinukilkan mendapat sambutan dan sokongan yang hebat dari semua rakan di dalam kumpulan. Tidak terkecuali juga dengan Mala. Walau mereka telah putus hubungan tapi mereka masih lagi dalam satu kumpulan yang sama.

Zaki masih lagi mempunyai perasaan kasih terhadap Mala. Mungkin kerana mereka berada dalam satu kumpulan, itu yang membuat Zaki masih tidak boleh melupakan perasaannya pada Mala. Perasaan yang semakin meluap-luap kepada Mala, Zaki nukilkan menjadi sebuah puisi. Puisi yang berkisarkan tentang rasa cinta dan kasih sayangnya.

~Kekasihku~

Kekasih,
di antara sejuta insan
engkaulah yang menawan 
hingga membuat aku tertawan
Kekasih,
siang malam ku jadi tidak menentu
fikiran aku menjadi buntu
makanku
tidurku asik terkenangkan dirimu
makanku sentiasa tak lalu
aku masih lagi menyintaimu
wahai gadis pujaanku...M_L_ku...

Begitulah puisi yang dinukilkan oleh Zaki mengenai perasaan beliau ketika itu. Tapi Mala tidak boleh menerima puisi yang sebegitu. Ianya sekali lagi mendatangkan perbalahan besar di antara mereka. Di dalam ruangan komen mereka berbalah lagi. Perbalahan mereka menjadi semakin besar.

"Ni apa kes ni...!" komen Mala.
"Apa hal...?" jawap Zaki.
"Awak tahukan...saya tak suka awak menyimpan perasaan cinta pada saya" jawap Mala lagi.
"Suka hati sayalah...apa yang nak saya ilhamkan...hak saya" bentak Zaki lagi.
"Lagipun saya ada tulis nama awak ke...? balas Zaki lagi.
"Walaupun awak tak tulis nama saya...saya tahu awak nukilkan puisi awak semuanya untuk saya...BETULKAN???" tanya Mala lagi.
"Apa buktinya yang mengatakan saya nukilkan puisi saya hanya untuk awak...TOLONG BERITAHU" balas Zaki dalam nada yang agak tersinggung.
" Tu yang awak tulis M_L_ tu apa?? bukan MALA ke??" tanya Mala lagi.
" Wei...jangan nak perasan sikit ya...M_L_ tu bukan awak sorang saja ya...mungkin juga MILA ke atau MILO ke...awak jangan perasan boleh tak!!" alasan Zaki nak melepaskan dirinya.

Pertengkaran itu tamat di situ setelah ditegur oleh pentadbir kumpulan yang memerhatikan dari awal komen lagi. Mereka tidak senang dengan apa yang berlaku dalam ruangan komen. Dan Zaki di beri amaran keras supaya jangan melakukannya lagi. Zaki yang tidak puas hati, walau bagaimana pun terpaksa akur kerana sayang dan takut yang beliau akan disingkirkan dari kumpulan. Ketika itulah Kiah masuk dan ikut berkomen di dalam ruangan komen.

"Hai Zaki..." komen Kiah ringkas."Hai my laling...my laling dah sampai ya...mari kita lansing laling" balas Zaki seperti menyindir pentadbir yang menegur dia tadi.
"He he he...awak ni kan ada-ada sahajalah...teringat saya pada cerita P.Ramlee lah...ala apa tajuknya ya...?" tanya Kiah.
"Ala...cerita ALI BABA BUJANG LAPUK lah..tak kan lupa kot" jawap Zaki lagi. Dan dari situ berjela-jelalah komen di antara mereka berdua sehingga tak di sangka jumlah komen mereka telah melebihi angka dua ratus dan menjadi rekord sampai sekarang dan tidak dapat di pecahkan oleh sesiapa pun.

Perhubungan berlandaskan persahabatan itu yang disertakan dengan lawak jenaka dan berbalas-balas puisi antara mereka akhirnya telah membuahkan bibit-bibit kasih di dalam hati mereka. Masing-masing menyembunyikan perasaan di hati mereka kerana takut bertepuk sebelah tangan. Akhirnya Kiah melakarkan sebuah puisi mengenai perasaannya.

~TEMAN~

Aku tidak betah teman
kenapa kau hadir di kala aku sunyi
kenapa kau hadir di kala aku sepi
siapalah diriku dalam hatimu
siapalah aku didalam hidup mu
Teman
kau ajarlah aku teman
kau ajarlah aku untuk melupakan dirimu.

Zaki tersentak membaca nukilan Kiah yang lain dari biasa. Nukilan yang seakan di tujukan kepadanya yang meminta supaya dia mengajar cara-cara untuk melupakan dirinya dari Kiah.

"Kenapa ni? lain macam jer bunyinya" tanya Zaki dalam ruangan komen.
"Boleh kita berbicara di dalam pesanan peribadi tak? pinta Kiah.
"Ok...!" jawapan ringkas dari Zaki.

"Salam Kiah...kenapa ni"soal zaki
"Zaki tak dapat tangkap ke apa yang Kiah maksudkan di dalam puisi Kiah tu?"soal Kiah
"Ya...Zaki dapat menangkapnya tapi kenapa dengan tiba-tiba Kiah minta Zaki mengajar cara untuk melupakan Zaki...apa salah Zaki pada Kiah sehingga Kiah pinta sebegitu"soal Zaki kepada Kiah.
"Kiah dah tak sanggup lagi Zaki...tolonglah ajar Kiah cara-caranya agar Kiah dapat melupakan Zaki" pinta Kiah meminta simpati.
"Tapi kenapa?...dan sebelum Zaki mengajar cara-caranya Kiah kena beritahu apa masaalahnya"jawap Zaki ikhlas.
"Sebab kawan-kawan semua telah bertanya...siapa Zaki kepada Kiah dan siapa Kiah pada Zaki...kita selalau berbalas-balas puisi bersama...dan mereka memerhatikan kita"balas Kiah.
"Ok...kalau begitu...apa perasaan Kiah pada Zaki"tanya Zaki lagi.
"Tak kan Zaki tidak dapat menangkap perasaan Kiah pada Zaki melalui puisi Kiah tadi"balas Kiah seakan merajuk.
"Ok..kalau macam tu Kiah dengar balasan puisi Zaki pula di dalam puisi Kiah"jawap Zaki.

~TEMAN~

Aku tak izinkan teman
aku tak relakan teman
seandainya hatimu dan hatiku sama
dan telah menimbulkan rasa kasihku kepadamu
tidak akan aku mengajar dirimu
tidak akan sama sekali teman
aku mengajar cara melupakan diriku
kerana aku juga sepertimu
telah jatuh cinta kepadamu
janganlah lagi kau pinta diriku
mengajarmu melupakan aku.

Ringkas balasan puisi dari Zaki tapi sarat dengan maksudnya. Perasaan kasih dari awalnya seorang teman dan sahabat telah bertukar kepada perasaan mengasihi diantara mereka berdua dan mebuahkan perasaan cinta kepada mereka. Kiah yang mendapat jawapan dari Zaki sebegitu amat rasa gembira kerana dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dan dengan secara langsung mereka berdua telah menjadi pasangan kekasih di dalam group puisi tersebut.

Hari berganti hari...minggu berganti minggu perhubungan yang hanya di dalam laman FB telah bertukar kepada perhubungan melalui talipon...bersesuaian dengan taraf perhubungan mereka sebagai sepasang kekasih..

bersambung ke Bab5: sabar ya...

Sazalee Sulaiman 
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment