koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 23 February 2012
~LAYARAN KECUNDANG~
Jauh sudah pelayaranku
merentas lautan
yang luas terbentang
tujuh benua dan tujuh lautan
kutub utara juga kutub selatan
tiada kugentar
pelayaranku tetap diteruskan.
Biarlah bergelora lautan; mendatang
badai dan taufan; tetap kutatang
berbekalkan semangat kecintaan
kuteruskan juga pelayaran
maju ke hadapan.
Kini layaranku; kecundangan
angin yang kuharap
bayu mendatang
layar kukuncup
tiada berkembang
di laut mati aku bergelandangan.
Tinggallah kesepian
aku keseorangan.
ss-z/spl/pr..23-feb2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment