koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 24 February 2012
KACA DARI PERMATA
Bersabarlah kasih, bersabarlah sayang
bersabarlah teman, bersabarlah intan
walaupun kita, tidak lagi bersama
walaupun kita, tidak lagi menyemai cinta
cinta yang terputus menyesakkan jiwa.
Cuma satu kupinta dari dirimu
dengarlah baik nasihat dariku
bekas pacarmu, yang kini; sahabatmu.
Kerana si dia, aku pernah kau tinggalkan
dan demi dia, aku pernah kau duakan.
Oleh kerana itu
andai kecewa akan dirimu
andai dalamnya luka toresan sendumu
teguhkanlah jiwamu
kuatkanlah hatimu itu
kerana yang berlaku
adalah pilihanmu bukannya aku.
Bersabarlah...
dengan setiap dugaan yang melanda
tempuhilah ia dengan berani
sendu di hati tidak akan kekal abadi
kelak terubat hari berganti hari
cari yang lain sebagai galangganti.
Dahulu kaca pilihan dirimu
harap permata yang akan engkau ketemu.
Itulah sahaja nasihat dari diriku.
ss-z/spl/pr..24-feb-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment