Tuesday, 21 February 2012

SELAMAT TINGGAL SAYANG


Sayang,
jauh lamunanku
menerawang ke segenap ruang angkasa
mencari kekuatan diri
untuk aku nukilkan keindahan
buat tatapan terakhirmu.

Sayang,
mungkin kau tidak sedari
yang aku tidak akan lama berkelana di sini
berkarya, bermadah pujangga
dan bersendaloka

bersama teman-temanku semua.

Sayang,
aku akan pergi
pergi meninggalkan dirimu
pergi yang mungkin

tidak akan kembali lagi
berkelana

dalam ketentuan masa.

Sayang!

Aku tahu aku banyak menyusahkan dirimu!
Aku juga tahu aku banyak menyakitkan hatimu!
Dan aku juga tahu

yang aku banyak berdosa terhadapmu!
Kerana itu sayangku
biarlah aku memberanikan diriku
berkata-kata sebegini buat tatapan terakhirmu.

Sayang,
demi cintaku terhadapmu;
demi kasih suciku terhadapmu;
aku mohon keampunan darimu
kerana aku terpaksa

meninggalkanmu
buat selama-lamanya.

Sayang,
aku cuma berharap
dan aku memohon hidayah dari Allah yang maha esa
agar kau dapat memaafkan kesilapanku

dan kesalahanku
terutamanya kelancangan jariku
dalam menelanjangi

dan membogelkanmu
dengan ayat-ayat kejam

nukilan karyaku
selama ini.

Sayang,
maafkanlah aku
maafkanlah 
keterlanjuran

di dalam ayat-ayat karyaku.

Selamat tinggal sayang
maafkanlah aku

mantan kekasih hatimu.

ss-z/spl/pr..26-dec-2011.



No comments:

Post a Comment