koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 20 February 2012
PELAMINAN USANG DAN BERSAWANG
Semalam telah terhidang
di pinggan kaca
tercanai ukiran jiwa
melerai rasa
mempersona minda
akan cantiknya bunga mangga
yang menyambut gelora sang nakhoda.
Semalam telah terlerai
episod duka
suka dan sengsara
menggamit cita
membunuh hasrat
yang bakal kita bina
pelamin berbahtera indah singgahsana.
Semalam juga telah berlalu
tersagat tawa
memasong hilai girangnya
kita berdua
tersita niat
ingin membina
rumahtangga yang bahagia
hancur dan lebur
segala hasrat
yang kita bina bersama
di waktu, semusim yang lalu
tika cinta kita bahagia
tersemi waktu kita gembira bercanda.
Kini yang tinggal hanyalah sejarah usang
terpampang di pelaminan yang gersang dan bersawang.
ss-z/spl/pr..20-feb-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment