koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 27 February 2012
KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur
kau aman dan masyhur
wilayah maju tanahmu juga subur
rakyat hidup makmur
berbudi luhur.
Kuala Lumpur
kualamu keruh penuh berlumpur
tempat lahirnya aku, membesar dan berumur
bersantai dan berjemur
merembes peluhku penuh luhur
dan penuh rasa bersyukur.
Keranamu Kuala Lumpur
aku kenal erti hidup berkelemumur
erti pelacur dan si pisaucukur
erti manusianya yang riak, taksub dan takbur
yang asyiknya saling bertempur
mahu melihat kamu hancurlebur dan mundur.
Kuala Lumpur
kupanjatkan doaku penuh rasa bersyukur
keranamu Kuala Lumpur
aku menjadi salah seorang pelupur
dan warga setiamu...oh!...Kuala Lumpur.
ss-z/spl/pr..27-feb-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment