koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 16 February 2012
Kisah cinta reality berFB~CINTA ZAKIAH~Bab 13: AKHIR..
Seawal jam empat pagi Zaki dah berada di lapangan terbang LCCT..setelah checkin tiket Zaki duduk di kerusi di ruang menunggu, menunggu masa untuk di panggil menaiki pesawat menuju ke destinasi yang diinginkannya...Sabah destinasi tujuan...Sabah lah tempat kekasih hatinya sedang menunggu dan Sabah lah yang akan menemukan beliau dengan kekasih hatinya Kiah buat kali pertamanya...gelora di hati Zaki menghentam kuat dinding kerinduannya...gelora hati yang lebih kuat dari gelora di luar lapangan terbang...yang ketika itu hujan sedang turun dengan selebat-lebatnya...petir, kilat dan guruh sabung menyabung tapi tidaklah sehebat kilatan kasih di hati Zaki ketika itu..
Zaki mencongak-congak masa yang seakan terhenti...ahhhh...sekali sekala terdengar keluhan dari mulutnya kerana lambat benar masa bergerak...jam di tangannya menunjukkan baru sahaja masuk jam lima pagi...lambat benar Zaki terasa...masa untuk boarding, hanyalah pada jam tujuh pagi...dua jam lagi baru akan dipanggil..Zaki termenung panjang lagi...merenung bagaimanakah saat dia akan bertemu dengan Kiah buah hatinya...Sanisah yang menghantarnya ke lapangan terbang telah lama menghilang...Sanisah telah pulang setelah Zaki masuk ke ruang menunggu...Sanisah pergi dengan linangan air mata...walau dia yang mengizinkan Zaki untuk bertemu dengan Kiah buat kali pertamanya...pertemuan antara dua mata, dua jiwa dan satu hati..tapi hatinya tetap juga terdetik...KENAPA??...kenapa dengan mudahnya dia melepaskan Zaki pergi untuk bersua dengan Kiah...dan yang pastinya...Kiah akan 'MERAMPAS' kebahagiaan rumah tangganya.
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi...Zaki sudah pun berada di dalam pesawat untuk menuju ke negeri Sabah...Negeri Di Bawah Bayu...
Hatinya semakin bergelora...sedangkan gelora di luar lapangan terbang telah pun berhenti...keindahan suria pagi memancar indah di atas biasan manik-manik hujan yang masih berada di landasan...dan di ufuk timur...terlihat dengan jelas pelangi yang terbentuk dari biasan hujan di sinari mentari pagi...indah sungguh suasana pagi itu...seindah gelora di jiwa Zaki ketika itu.
Penerbangan mengambil masa sejam setengah untuk sampai ke destinasi...Zaki yang tidak pernah naik kapal terbang terasa cuak juga bila kapal terbang melanggar dinding awan...bergetar dan bergoyangan badan pesawat dirasainya.
Zaki memejamkan matanya...tidak berani untuk memandang keluar jendela...hanya di hati dan mindanya terbayang dengan jelas wajah Kiah yang sedang tersenyum menunggu untuk menyambutnya di lapangan terbang Kota Kinabalu...senyuman yang pastinya amat dirindui ketika ini.
Sampai ke Kota Kinabalu Zaki tercari-cari kelibat Kiah yang di puja..dan akhirnya Zaki dapat mendengar suara yang memanggil namanya...
Ya...suara yang dirinduinya...suara Kiah memanggil akan namanya.
Nyaring teriakan dari keriuhan penumpang dan pelawat yang menunggu sanak saudara mereka.
Zaki memandang tepat kearah suara itu...dari kejauhan, senyuman manis dari Kiah dapat Zaki lihat dengan jelasnya.
Ahhh...manisnya Kiah kekasihku...manisnya Kiah buah hatiku...Zaki memuji-muji di dalam hatinya.
Setelah mengambil barang-barangnya, Zaki menuju ke arah Kiah yang sedang menunggu dengan penuh kesabaran.
Perlahan langkah Zaki menuju ke arah Kiah..dan tanpa disedari tangannya didapangkan ke arah Kiah yang telah berada di hadapannya... buat pertama kali sejak perkenalan mereka...mata mereka bertentangan mata dan akhirnya mereka berpelukan di situ juga...lagak seperti kekasih yang telah lama tidak bersua dan telah lama merindui sesama satu yang lainnya.
Perlahan genangan air mata Kiah, Zaki sapu dengan jari jemarinya...sentuhan lembut menyapa ke wajah Kiah buat pertama kalinya...Kiah merangkul kembali pinggang Zaki yang amat dicintainya dan amat dirinduinya..tangisan semakin menjadi dari kelopak mata dan sendu semakin jelas kedengaran dari bibir monggel Kiah ...bibir yang menjadi dambaan Zaki buat sekian lamanya...bibir yang pernah diimpikan untuk dikucup pada suatu hari dan di suatu masa nanti...bersamaan lagu kenangan di antara mereka..SUATU MASA dendangan M.Nasir.
Sedang Zaki terbuai keasikan di dalam dakapan Kiah yang seakan tidak mahu melepaskan rangkulan di tubuhnya...Zaki terasa ada tangan yang menepuk bahunya...bertalu-talu ditepuk di belakang bahunya sambil memanggil akan namanya...perlahan-lahan Zaki melepaskan rangkulan Kiah dan memandang suara yang memanggil namanya itu.
"En.Zaki...masa untuk menaiki kapal terbang telah tiba..sekarang jam tujuh pagi" sambung suara itu ketika Zaki tercari-cari jam di tangannya.
"Oh...ok...tq ya kerana mengejutkan saya.."balas Zaki berterima kasih.
Ahhh...Zaki mendengus panjang...rupa-rupanya dia hanya bermimpi...mimipi bersua dan berjumpa kekasih hatinya...Zaki tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya...sambil berkata di dalam hatinya..."aku bermimpi rupa-rupanya..."kih kih kih...tawa kecil Zaki...mentertawakan dirinyasendiri.
Ketika Zaki bangun untuk mengambil beg dan menuju ke ruangan berlepas...Zaki terpandang seraut wajah yang amat dikenalinya...Sanisah ada di barisan luar tempat berlepas bersama ketiga-tiga anaknya yang masih kecil...Sam Saza, Bob Saza dan Dino Saza...anak-anaknya...anak-anak yang amat dikasihi dan dicintainya.
Masing-masing berlinangan air mata sambil melambai tangan ke arahnya...melambai tanda selamat berpisah, pergi dan kembali semula kepada mereka dan yang paling menyayat hati Zaki apabila melihat anak bongsunya yang masih kecil...yang tidak pandai lagi mengawal perasan hatinya...Dino Saza...anaknya yang baru berumur tujuh tahun...yang menjerit-jerit memanggil nama ayahnya...yang meraung-raung pinta di dukung oleh Zaki ayahnya...yang merayu-merayu supaya Zaki tidak meninggalkan dirinya yang masih kecil itu.
"Ayah...ayah jangan pergi ayah...jangan tinggalkan Dino..." teriak si anak kecil sambil teresak-esakan...anak kecilnya yang tidak pernah berjauhan dengannya sejak masih bayi lagi...sekali pun tidak pernah berjauhan...kerana Zaki lah yang menjaganya ketika masih bayi bila ketiadaan Sanisah dan ketika kesibukan isterinya dengan kerja-kerja hariannya...anak yang di mandikannya hari-hari dan dipakaikan pakaian sehinggalah anaknya itu telah masuk ke sekolah di dalam tahun satu...semuanya Zaki yang menguruskannya.
Tersentuh hati Zaki melihat ratapan hiba dari anaknya...air mata berguguran di saat itu juga...tanpa dapat di sekang lagi...dengan pantas Zaki berlari ke arah anaknya itu dan merangkul erat di dakapannya...pipi Dino...dikucup bertalu-talu dengan penuh kasih dan sayang...kasih sayang dari seorang ayah kepada anak yang sangat dimanjakannya...kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...kasih sayang dari seorang bapa yang penyayang...perlahan Zaki mendapatkan anak-anaknya yang lain dan mengucupi pipi dan dahi mereka...sehinggalah sampai ke saat matanya menatap wajah Sanisah yang telah lencun kebasahan dalam tangisan dari air mata suci sang isteri...air mata suci untuk suaminya yang tercinta...Zaki terus mendakap isterinya dan mencium semahu hatinya...hati yang luluh dan penuh tawaduk...tanda kasih dan sayang dari seorang suami kepada isteri yang amat dicintainya...sambil berbisik ke telinga Sanisah.
"Maafkan abg ayang...maafkan abang kerana akan semua yang telah terjadi dan abang tidak akan sesekali meninggalkan ayang serta anak-anak kita lagi...itu janji abang kepada ayang...susah senang kita tetap bersama...sekeluarga!!"
Sanisah pantas mengucup tangan suaminya dan memeluk erat tubuh Zaki yang telah kembali kepadanya semula...kembali dengan janji tidak akan sesekali meninggalkan dia lagi...kembalinya suami yang amat di kasihinya selama ini.
Seluruh mata yang melihat kejadian tersebut berlinangan dengan air mata...air mata terharu yang menyaksikan peristiwa yang amat menyayatkan hati mereka...mereka sepakat bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Zaki ketika Zaki melangkahkan kaki bersama keluarganya meninggalkan ruang berlepas dan menuju ke pintu keluar dari lapangan terbang LCCT ltu...lapangan terbang yang mengeratkan kembali ikatan kekeluargaan yang lama terbina.
Dan ketika Zaki melangkah pergi dari lapangan itu...Zaki melihat kapal terbang yang sepatutnya dia naiki...kapal terbang yang sepatutnya membawa dia kedakapan Kiah sambil mengucapkan kata-kata di hatinya!
"SELAMAT TINGGAL SAYANG...SELAMAT TINGGAL KEKASIHKU...SELAMAT TINGGAL SELAMA-LAMANYA..."
Ketika di dalam kereta yang dipandu oleh isterinya Sanisah...Zaki membuka laptopnya dan membuka kembali akaun FBnya...setelah selesai menaip kata-kata perpisahan untuk Kiah yang di tinggalkan di dalam PM Kiah dia segera memadam segala memori tentang cintanya kepada Kiah di dalam akaun FBnya itu...Zaki pun blok akaun Kiah untuk selama-lamanya..bahkan nombor telipon Kiah juga telah dibuang dari senarai teliponnya agar dia tidak bisa menghubungi Kiah lagi sambil di saksikan sendiri oleh Sanisah serta anak-anaknya.
Keesokan harinya Zaki melayari laman FB kembali dengan lapang di dada...dengan penuh rasa ceria...dengan penuh semangat dan penuh rasa hati-hati...Zaki telah menanamkan di hatinya bahawa dia akan lebih berhati-hati kali ini kerana tidak sanggup pisang berbuah dua kali...tidak sanggup hatinya terluka sekali lagi...dan tidak sanggup membiarkan dirinya dibuai badai asmara cinta di FB lagi...Zaki meneruskan kegemaran dan kesukaannya di FB dengan berkarya semula.
Tajuk karyanya...
~SELAMAT TINGGAL SAYANG~
`````````````````````````
Semalam...kuselusuri denai kerinduan
Semalam...kuturuni lembah kesyahduan
yang penuh onak duri
yang mencengkam akan diri
yang menguris hatiku ini.
Hari ini...akan aku terus mendaki;
mendaki dan terus meniti titian kehidupan aku ini
yang penuh dengan ranjau cabaran
dengan langkah yang penuh berani.
Esok!
Aku akan terus berlari;
berlari dan terus berlari
kerana itu yang pasti
esok pasti akan kembali lagi.
selamat tinggal sayangku
selamat tinggal buat selama-lamanya.
ss-z/spl/pr...
Setelah dipostkan di wallnya...Zaki terus melayari laman yang di sayanginya iaitu laman berpuisi...laman yang menyaksikan cintanya berputik...laman yang juga menyaksikan cintanya terkubur selama-lamanya...
Kawan-kawan dan teman yang merindui nukilannya mengambil kesempatan bertanya tentang dirinya dan bertanya khabar keluarganya...Zaki melayan pertanyaan mereka dengan penuh ceria seceria kembalinya seorang pejuang dari medan peperangan.
Tanpa disangkanya...masuk satu pesanan di dalam PMnya...Zaki membukanya dengan pelbagai pertanyaan di mindanya.
Siapakah gerangan yang memberi mesage kepadanya pagi-pagi ini.
"Hai...salam...boleh kita berkenalan" datangnya dari seorang gadis yang baru add akaun FBnya.
"Saya sukalah baca puisi dan sajak-sajak awak...ianya seperti lahir dari hati yang jujur dan ikhlas...awak ke yang menciptanya sendiri?...saya sukalah" tulisan dari gadis tersebut membuat Zaki terpana bersendirian...sambil tersenyum simpul Zaki terus membalas mesage tersebut...ligat jari jemarinya menaip di key pad lap topnya...seperti ligatnya penari sedang menari tarian dangdut.
Kih kih kih...gelak kecil dari mulut si ZAKI.
HAMPEH...Hampeh betullah kau ni Zaki... tak serik-serik lagi agaknya...kah kah kah...
.........................................................TAMAT...............................................
Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sudi bertamu dan membaca cerpen Zalie ini...setelah sekian lama kita berkomen bersama di dalam semua bab yang terhasil...terasa kemesraan yang telah terhasil sesama kita...tak tahulah selepas tamatnya kisah CINTA ZAKIAH ini dapatkah kita mengekalkan persahabatan dan kemesraan kita ini...tapi bagi Zalie kemesraan kita akan menjadi memori yang indah buat selama-lamanya selagi Zalie masih melayari FB ini...sekian terima kasih...Assalamualaikum.
TERIMA KASIH..TERIMA KASIH..TERIMA KASIH..
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment