Friday, 24 February 2012

BERTENANG


Tenang...
aku rasa sungguh tenang sekali
tiada gangguan, tiada persengketaan
tiada pertelagahan, tiada pergaduhan

tiada perebutan dalam berkasih sayang.

Kan elok tenang suasana sebegini
buat apa nak gaduh-gaduh, bertengkar
buat apa nak bersengketa, bermasam muka
buat apa nak berebut-rebut, rebutkan aku
kerana yang pastinya kamu semua adalah sama di mataku
dan kamu semua jua adalah bersaudara, semuslim dalam Islam.

Cuba lihat permandangan ini,
permandangan yang dingin penuh keamanan,
permandangan sebuah padang rumput penuh berbungaan
yang membawa kedamaian, damai berjiwa yang tenang.



Jadi tak perlulah lagi nak bersengketa sesama
kerana semuanya memang kesayanganku, sentiasa
tiada bezanya layanan yang diterima dariku
seorang insan yang tiada apa-apa.


Kerana aku tetap diriku yang sama untuk semua.


ss-z/spl/pr..24-feb-2012.


No comments:

Post a Comment