koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 25 February 2012
TERIMA KASIH SAYANG
Terima kasih sayang
kerana kau menghilangkan rinduku
rindu yang telah lama bertamu
rindu yang selalu meresahkan jiwaku.
Sayang...
hanya dengan bisikan merdu suaramu
bisikan dari suaramu ke telingaku
segalanya terlerai sudah dibawa bayu
berlalu bersama derai tawamu.
Sayang...
saat ini dunia milikku
saat ini bahagia milikku
kerana kini baru aku tahu
yang engkau telah menjadi milikku.
Terima kasih Sayang
terima kasih kerana hadiahmu itu
hadiah yang amat bermakna buatku
hadiah yang menjadi tanda,
tanda percayanya kamu padaku
tanda cintanya kamu terhadap diriku
yang akan aku simpan
seumur hidupku.
Sayang...
mungkin tidak engkau sedari
bertapa bermaknanya hadiahmu itu kepadaku
hadiah yang merialisasikan impianku
dan mengilhamkan rindu di dalam kalbuku
yang engkau turut menyintai dan merindui aku.
Terima kasih Sayang
engkaulah kekasih hatiku yang aku rindui selalu.
ss-z/spl/pr..25-feb-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment