Puas kucuba untuk memejamkan mata
namun lena tidak mahu mendampingiku
kupusing ke kiri kupusing ke kanan
namun lelapnya tidak mahu juga.
Aku bingkas ke kamar mandi
lalu kubasahkan ubun di kepalaku
mungkin bisa menyejukkan malam hangatku
yang kehangatan;
setelah ketiadaan kipas kerana hancur jatuh dari meja kamar bacaanku.
Aduhai!
Kenapa enggak bisa juga aku lelapkan mataku
aroma di badanku kini mula berbau tengit dek keringat hamis.
Adakah perlu aku mandi?
Atau!
Adakah perlu aku berendam di dalam kolah mandi?
Untuk melegakan kepanasan badanku
akibat tersalah makan ubat penahan sakitku.
Dan akhirnya!
Di hadapan komputer ribaku ini
aku menonjolkan mukaku sendiri
mengharapkan kesejukan dari kipas;
kipas papan pemukanya.
Entahlah?!
Tak tahu bila mampu aku melelapkan mataku ini.
ss-z/spl/pr..13-feb-2012.

No comments:
Post a Comment