koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 21 February 2012
MONOLOG SEORANG TUA DI MUKA PINTU
"Aduhai!"
"Apa yang aku buat di sini?"
"Apa yang aku cari di sini?"
"Malunya aku"
"Sunguh!
Tebal sungguh mukaku rasanya."
"Seorang tua seperti aku!
Yang rumahnya berkatakata pergi, kuburnya pula berkatakata mari."
"Yang selayaknya aku!
Duduk di rumah sahaja mendalami ilmu agama
dari aku menabir muka di sini
di hadapan muka pintu ini."
"Layakkah aku berada di sini?"
"Haruskah aku berada di sini?"
"Ah!
Malunya aku!
Malu!
Sungguh malu rasanya diriku."
"Di mana harus kuletak mukaku ini?
Andai terlihat temanteman sebayaku!"
"Di manakah akan kuletak mukaku ini?
Andai terlihat anakanak cucuku!"
"Apakah tanggapan anakanak muda yang memandangku?"
"Ah!!
Pastinya!
Muka mereka berbulu memandangku
umpamanya diriku
seorang tua bercinta dengan laman muka buku."
"Aduhai!"
"Akulah seorang tua di hadapan muka pintu cyber cafe".
ss-z/spl/pr..10-jan-2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment